Tips Seni Pengucapan Awam
Monday, March 26, 2012
Saturday, November 12, 2011
Tips : Sewaktu Memberi Ceramah
Tips: Apabila memberikan ceramah atau talk, cakaplah dgn serba santai dan bersahaja, tidak terlalu keras mengikut skrip. Ini kerana audience melihat dan mendengar setiap patah kata anda sedari awal dan akan mentafsirkn kebolehan anda melalui penyampaian anda! Maka lakukanlah yg terbaik setiap kali anda berucap!
Tips : Mendapatkan Ilmu
Tips: Setiap penceramah mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing samada dari segi isi atau cara penyampaian, jadi jangan lepaskan peluang untuk buka minda anda dan dengar serta pelajari kekuatan speaker lain supaya mutu penyampaian kita sendiri dapat ditingkatkan dan dikemaskini. Sentiasalah belajar, walau setinggi manapun pencapaian kita!
Tips: Mendapatkan Mood Ketika Berucap
Tips: Mulakan bercakap dengan apa yang kita lebih suka dahulu, barulah diselang selikan dengan isi yang kurang disukai. Konsep ini sama sahaja boleh digunakan untuk mula menulis atau membaca buku, dahulukan yang kita lebih minati untuk mendapatkan mood yang baik!
Tips Pengacaraan Majlis
Tips: Penulisan teks ucapan hanyalah untuk majlis-majlis yang formal atau bagi yang baru mula berjinak-jinak dalam dunia pengucapan awam. Apabila ianya sudah menjadi kebiasaan dan sudah sebati dalam diri, teks ucapan hanya akan menjadi sebagai garis panduan dalam sesuatu percakapan, kerana ketika itu anda akan mampu untuk berkomunikasi tanpa teks! Maka itulah yang dikatakan sebagai pengalaman.
Tips:
Tips: Masukkan selingan seperti video, gambar, kartun, cerita, lawak jenaka atau game yang simple dalam presentation anda mengikut kesesuaian talk anda! sudah pasti audience akan tekun mendengar sekaligus mngelakkan mereka mengantuk kerana persembahan anda yg menarik!
Tips Pengucapan Awam
Tips: Penceramah harus bijak berkomunikasi dengan audience bagi mengelakkan mereka merasa bosan atau mengantuk. Cuba sampaikan isi-isi penting pada waktu yang bersesuaian supaya rentak penceramah dapat diikuti! Yang paling bahaya apabila penceramah pula yang terpaksa mengikut rentak audience!
Subscribe to:
Comments (Atom)